Rabu, 25 Jun 2008

56 atau 58?

Isnin lepas saya menerima panggilan daripada kak Hajah Kornia(ketua kerani sekolah) kerana meminta saya mengisi borang option persaraan 56 ataupun 58 tahun. Saya terpaksa meminta suami pulang sekejap menjemput saya untuk ke sekolah bagi mengisi borang tersebut. Jika dulu saya memang drive sendiri ke sekolah tapi sejak ada Nasa saya belum berani nak drive sendiri memandangkan Nasa tak boleh duduk diam, saya khuatir saya tak dapat nak tumpukan perhatian jika sedang drive nanti.

Bila tiba di sekolah saya diberi taklimat oleh Penolong Kanan tentang bagaimana cara untuk mengisi borang tersebut. PK juga memberi sedikit panduan mengenai pilihan tersebut. Antara yang dinyatakan ialah, it is better if you choose 58 kerana kita perlu berkhidmat selagi boleh. Kita tak seharusnya menentang arus. Kita perlu mengikut dasar kerajaan yang terkini. But frankly speaking me myself memilih 55. Dalam hati saya " ???????????"

Sebelum saya isi borang tersebut saya telah pun berbincang dengan suami mengenai perkara ini dan suami pun telah bersetuju dengan pilihan saya iaitu 56. Ada beberapa sebab saya memlilih 56 ...iaitu antaranya:

- Saya rasakan terlalu tua pada umur 58 untuk meneruskan perkhidmatan. Rata-rata cikgu pada umur tersebut yang saya kenali sebelum ini akan jadi seorang yang kurang sabar dengan karenah anak-anak terutama mereka dalam darjah 1 yang pastinya sedikit nakal. Pada usia 58 pastinya seseorang itu sukar untuk menerima perubahan. Ini terbukti dengan kursus yang pernah saya hadiri...mereka yang sudah sedikit berumur pasti tidak berminat dengan teknik teknik pembelajaran baru yang diperkenalkan. Semangat juga tidak sama seperti guru-guru muda. Mereka pula ada di antaranya yang merasakan super senior akan mempunyai ego jika kita melakukan sesuatu perkara yang baru di sekolah tanpa meminta pandangan mereka. Ada di antara mereka juga suka mengumpat dan sibuk menjaga hal peribadi orang. Tidak kurang juga yang suka mencari kesalahan cikgu lain dan mereport pada Guru Besar.

Saya telah pun memilih 56 kerana saya tidak mahu termasuk dalam golongan yang saya nyatakan tadi. Saya juga merasakan ianya juga memberi peluang kepada orang lain untuk menjadi cikgu. Pilihan telah pun dibuat.... dan saya yakin dengan pilihan saya!

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia