Jumaat, 9 Mei 2008

Walau siapa pun...

Saya sentiasa ingin berkongsi dengan sesiapa jua yang sudi tentang segala pengalaman saya dengan semua teman-teman saya berkaitan dengan Shaklee. Hari Rabu malam pada minggu lalu saya menerima sms dari teman saya Dayang Normala...Dalam sms tersebut Dayang memberitahu bahawa doktor mencadangkan kaki bapanya yang berlubang akibat kencing manis perlu di potong. Dayang bertanya sekiranya ada alternatif lain selain daripada potong. Memandangkan saya tidak dapat melihat sendiri keadaan kaki bapa Dayang maka saya pada mulanya berat hati hendak mencadangkan apa-apa. Namun Dayang tetap meminta pendapat bagaimana sekiranya kaki bapanya jika tidak di potong?
Secara amnya bagi yang mengalami luka sehingga mengakibatkan ia berlubang akibat kesan kencing manis , doktor akan mengalakkan tempat itu di potong agar kuman tidak merebak ke tempat lain terutama bahagian otak. Namun TIDAK ADA JAMINAN apabila anggota yang busuk itu dibuang maka pesakit akan sembuh atau luka tidak merebak.
Secara jujur dari pendapat saya dan pengalaman yang saya dah lalui, kesan potong bagi pengidap kencing manis bukan suatu perkara mudah yang perlu dihadapi. Biasanya selepas membuang anggota tersebut pesakit akan mengalami perasaan rendah diri akibat kekurangan anggota dan untuk sembuh dari pembedahan bukanlah satu perkara yang mudah memandangkan badan mereka sendiri lemah.
Saya mencadangkan kepada Dayang sekiranya doktor memberi bapanya peluang dalam tempoh seminggu, sekiranya lubang itu dapat ditutup dan tidak merebak maka pemotongan pembuangan anggota kaki tidak perlulah dibuat. Dayang bersetuju dengan mengikut beberapa pengambilan supplement dan aturan intensif selama seminggu.
Alhamdulillah kini sudah seminggu...kaki bapa Dayang yang bengkak dah mula surut dan lubang dah tertutup. Yang paling ajaib, kaki bapanya sudah boleh merasa setiap sentuhan berbanding dengan keadaannya seminggu yang lalu.
Secara keseluruhan dapat saya katakan bahawa supplement bukanlah penyembuh tetapi IA MEMBANTU MENINGKATKAN KETAHANAN BADAN (IMUNE SYSTEM) BERBANDING PENGAMBILAN UBAT YANG PADA PANGHUJUNGNYA AKAN MENGAKIBATKAN BADAN KITA SEMAKIN LEMAH MELAWAN PENYAKIT.
Walau siapa pun yang melaluinya... saya akan cuba membantu sebagaimana jika saya ditempat individu tersebut. Walupun Dayang sekadar teman namun bagi saya tiada sempadan antara kami. Mudah-mudahan bapa Dayang akan terus sihat dn ceria selalu!

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia