Mengapa nampak tua?

Ahad lalu kami membuat sedikit majlis makan tengahari dan sedikit doa selamat memandangkan baru berpindah ke salah sebuah servis apartment di Miri. Ramai juga tetamu yang hadir... termasuklah mama hafiy, mama cery, kak Sarimah, umi umaira dan ramai lagi. Turut hadir seorang teman saya yang sudah mempunyai 3 cahaya mata. Beliau sebenarnya lebih kurang sama umur dengan saya namun mungkin beliau bukanlah seorang yang concern dengan penampilan dirinya. Beliau kelihatan agak tua walaupun pada umur awal 30-an.
Memandangkan sudah lama tidak berjumpa beliau menegur saya dengan sedikit nada hairan... "Lama kita tidak berjumpa, tapi pelik muka you nampak lebih bersih dan cantik dari dulu. You pakai pencuci muka apa ya?" Saya hanya tersenyum sambil menghulurkan air kepadanya. Saya menjawab saya hanya pakai pencuci muka biasa sahaja. Saya menokok...inilah kesan ACE. Beliau pelik dan bertanya apa itu ACE...Saya menjawab, A ialah beta carotene-penting untuk menghilangkan scar (bekas jerawat atau parut), vitamin C -membina kolagen dan E - memberi kelembapan kepada kulit, melambatkan proses penuaan dan membuatkan kulit lebih tegang.
Beliau ketawa dan sempat menyindir saya..."hmm ni mesti nak suruh i makan vitamin you la tu". Secara kebetulan mama hafiy membawa buah epal sebagai buah tangan...maka terlintas terus di fikiran saya membuat satu demo dengan teman saya ini. Saya membelah sebiji epal kepada dua bahagian. Saya mengambil sebiji vitamin C untuk di sapukan ke atas sebelah bahagian epal. Sebelah lagi saya biarkan. Setelah beberapa minit terdapat perubahan ke atas permukaan epal yang tiada vitamin C, permukaannya berubah menjadi gelap. Manakala permukaan epal yang disapukan dengan vitamin C masih kelihatan sepertimana keadaannya di potong tadi.
Teman saya hanya tersenyum. Walaupun begitu saya tahu dalam hati beliau pastinya beliau kagum dengan demo tersebut. Bagi pembaca yang budiman, anda juga boleh melakukan demo tersebut di rumah dengan menggunakan vitamin C anda dan lihatlah kesannya. Vitamin C yang bagus tidak perlu pewarna oren dalam membuktikan ia adalah vitamin C! Selamat mencuba....
*Ada promosi hebat untuk vitamin ACE! Jika berminat boleh sms saya di talian 012 8535689.

Catatan Popular