Kita yang memilih jalan....

Saya menerima email yang menceritakan tentang satu artikel kononnya pengambilan vitamin boleh memendekkan umur. Hmmm, bila saya bercerita dengan suami saya tentang email tersebut, suami saya bertanya adakah artikel itu ditulis oleh orang yang dikenali? Doktor yang mempunyai sejarah yang hebat? Atau doktor yang mencari populariti murahan? Terus saya menjawab, tiada nama penulis dalam artikel tersebut.
Lantas suami saya terus mengeluarkan penyataan... selama kita consume vitamin Shaklee, kita tidak pernah sama sekali memaksa orang mengikut cara kita. Apa yang N ceritakan dalam blog adalah pengalaman yang telah N lalui. Terpulang pada individu itu sendiri.

Tambah suami saya lagi...dalam bidang perubatan, ada banyak kumpulan doktor. Ada doktor yang tidak percaya dengan supplement, ada yang 50-50 dengan supplement manakala ada golongan yang sangat percaya dengan supplement. Lihat sahaja beberapa doktor yang N kenali... ada antara mereka yang akan bersusah payah bertanya dengan N apa yang perlu diambil untuk mengelakkan kaki ibunya dipotong akibat kencing manis? Tetapi yang peliknya apabila mereka ini merawat pesakit di hospital, mereka menggalakkan pesakit dipotong bahagian yang telah dijangkiti terutama setelah berlubang teruk.

Artikel yang dikirim kepada saya melalui email telah menunjukkan bahawa doktor itu tidak percaya dengan supplement. Terpulang pada individu... namun bak kata suami saya, kesilapan terbesar orang kita adalah CEPAT MELATAH. Banyakkan membaca adalah jalan yang terbaik. Jangan hanya dengan satu penyataan kita melatah dan membuat andaian sendiri. Akhirnya kita sendiri yang rugi di kemudian hari.

Bagi saya, saya berusaha untuk yang terbaik. Saya mahu memberikan tubuh saya dengan makanan yang terbaik. Sekiranya saya ditakdirkan mati awal... itu sudah tertulis. Sesungguhnya ajal maut ditangan ALLAH...bukan di tangan doktor. Sudah ramai yang saya kenali mereka mengaku mengamalkan cara hidup sihat, menjaga pemakanan dan bersenam namun pada satu tahap bila mereka sakit mereka cuba menyalahkan takdir....oh ini kerana keluarga mak saya ada kencing manis. Oh ini kerana nenek saya ada hypertension. Itulah sikap orang kita.

Tepuk dada tanya selera.

Catatan Popular