Jumaat, 30 Mei 2008

Bibik oh bibik

Kesian membaca cerita Arnieh dengan bibiknya.. ..Sebenarnya saya dibesarkan dengan maid until secondary school. Frankly speaking semua bibik mak saya treat as family member. Jangan berkasar kerana mereka ini merupakan ibu @pengasuh anak bila kita bekerja. KIta tak tahu macam mana dia layan anak kita di belakang kita.
Tentang manner kita kena bagi tahu awal-awal apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka.
Jangan berkasar sangat atau berlembut sangat. Tengok pada tempat. Tentang bil telefon, jangan risau...berikan keperluan dia may be sebulan sekali atau sebulan dua kali dengan minit yang ditetapkan. Jika ada tambahan call yang dia nak buat ,setiap kali dia nak buat panggilan...beritahu awal2 gajinya akan dipotong untuk membayar bil telefon. Percayalah dia akan takut nak minta lebih dari sepatutnya. Ini diberitahu oleh teman suami... Mesin basuh kawan kami selalu rosak kerana si bibik apabila membasuh baju pasti sampai overload. Sekali rosak, kawan minta orang datang repair. Kali kedua pun begitu juga... sedangkan sudah diberitahu sekiranya basuh baju jangan banyak sangat takut overload. Si bibik masih buat tak endah dengan apa yang di cakapkan. Kali ketiga, kawan kami memberi amaran kepada si bibik, sekiranya mesin basuh ini masih rosak sebab overloading maka gaji bibik akan dipotong untuk membayar kos repair mesin basuh ini. Semenjak dari itu, si bibik sangat berhati-hati dengan loading baju setiap kali mencuci.

Part makanan, jika tak keberatan ajak dia sekali makan bersama sebagai ahli keluarga. Maid ni bukan anjing atau kucing yang makan sisa makanan kita. Mereka juga ada hati dan perasaan. Jangan biarkan mereka merungut kerana dikhuatiri anak kita menjadi mangsa perasaan yang disimpannya.

Ramai orang kita yang treat maid mereka seperti pekerja (kuli). Gaji yang kita berikan tidaklah sampai mencecah 4 angka tapi kita mengharapkan mereka membuat kerja 24 hours. Sedangkan kita yang bergaji 4 -5 angka jika di minta buat overtime esp meeting or pergi course, kita pasti merungut.

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza tentang bibik. Namun yang pasti sekiranya mereka melampaui had yang kita tetapkan... hantar sahaja mereka pulang. Supaya keselamatan anak kita lebih terjamin.

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia