Antioksidan

Masih ramai yang tidak tahu apa antioksidan. Antioksidan diperlukan oleh tubuh untuk mencegah segala aktiviti abnormal sel.Ianya juga dikenali sebagai pelindung yang dapat melindungi sel dari kesan kerosakan akibat radikal bebas.Vitamin yang terkenal sebagai antioksidan ialah ACE iaitu Vitamin A dikenali sebagai Beta Carotene, Vitamin C dan vitamin E.
Ketiga-tiga vitamin ini sangat penting kepada tubuh kita. Ianya bukan sekadar untuk kecatikan dalaman mahupun luaran TETAPI yang pasti ia sangat penting untuk tubuh dalam melawan penyakit. Sejak melahirkan Nasa, memandangkan ini ialah c-section kali kedua saya bersungguh-sungguh mengambil vitamin yang dapat membantu luka dalam saya cepat sembuh. Ternyata alhamdulillah segala bengkak atau bentan saya lalui hanya untuk 2-3 hari. Kini saya masih consume dan saya perasan hasilnya kelihatan pada Nasa.
Saya mendapat satu kesedaran yang sangat mendalam tentang pentingnya antioksidan kepada tubuh kita sepanjang saya memberi consultation kepada pesakit-pesakit saya. Rata-rata doktor yang memberi khidmat nasihat serta bimbingan kepada saya menasihatkan agar saya menggalakan semua pesakit saya mengambil supplement yang boleh boost imune system atau erti kata lain menggalakkan kita mengambil ACE.
Namun ianya terpulang kepada individu... sekiranya anda rasakan kesihatan itu tiada nilai tandingnya...maka mulakan mengambil pemakanan yang banyak kandungan antioksidan dan jika tiada kesempatan untuk itu maka pilihlah supplement yang anda rasakan terbaik untuk anda.
Sesungguhnya apa yang kita makan hari ini bukanlah memberi kesan esok atau lusa kerana kebiasaannya penyakit yang kita perolehi adalah berpunca dari cara hidup dan pemakanan yang kita amalkan selama bertahun-tahun.

Akhir kata.....kita mampu mengubahnya!

Catatan Popular