Khamis, 24 April 2008

# Body Perfector

Macam mana nak slim...

Ramai kawan yang bertanya macam mana badan you boleh maintain macam anak dara ya? Tersenyum bila soalan macam tu yang ditanya. Sebenarnya saya masih ingat lagi pesan O&G Dr. Rolland Mattu Dom, kalau you nak kurus semula after pregnant, breasfeed your baby exclusively for six months then you can get back your body shape. Suami pun memberi semangat yang kuat untuk menyusukan anak kerana beliau nak isterinya maintain slim. Mana tidaknya mengandungkan Addin berat naik hampir 20 kg. Berjalan pun macam dah semacam. Nasib baiklah berat Addin hampir mencecah 3 kg walaupun dia dilahirkan tidak cukup bulan. Berbaloi rasa bawa badan yang berat mencecah 63kg.
Doktor juga berpesan tidak perlu berdiet atau mengurangkan kuantiti makanan yang diambil agar susu ibu lebih berkualiti. Saya hanya menambah supplement dalam menu harian saya. Tidak ada lebih dari itu. Selepas 6 bulan, pinggang saya kembali seperti sebelum mengandung. Cuma ada kelihatan sedikit tummy dekat tempat operate. Adik saya pula recomment gunakan body perfector agar tummy itu hilang perlahan-lahan. Alhamdulillah tiada lagi spare tayar di perut lagi.
Masih ingat saat nak lahirkan Nasa...nurse kat Columbia Asia asyik memuji perut saya cantik. Tergelak bila ingat saat tu. Mereka kata kebanyakkan perut ibu2 yang mengandung anak kedua dan seterusnya akan mengalami rekahan dan kelihatan hodoh sekali. Bila dengar tu saya pun jadi takut... maka saya yakin dengan pemilihan makanan yang betul membantu kulit menjadi sihat dan tegang seperti sediakala.Saya akan lebih disiplin dalam menggunakan krim perfector yang ada ini. Hmmmm....bukan mudah nak jaga kecantikan sebab itu mungkin ramai yang sanggup spend duit untuk kuruskan badan dan cantikkan perut. Wallahualam.

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia