Rabu, 2 April 2008

# Diariku

Jangan ingat semua orang buta....

Saya mengenali sorang mat salleh ni melalu sebuah forum. Memandangkan kami berbincang tentang health jadi dia mengambil iniatif untuk memperkenalkan satu produk baru yang kononnya sangat bagus dan duduk ranking nombor satu dalam pasaran dunia sekarang. Rajin beliau menghantar email kepada saya memujuk mencuba produk ***** kepada saya.
Nak dijadikan cerita satu hari beliau menegur saya melalui YM.. Memandangkan dah kerap sangat beliau dok memuji produknya bagus maka saya bertanya satu soalan simple kepadanya.... yang bermaksud dalam produk you ada silika gel tak? Beliau dengan pantas menjawab ( selepas translate) ...mestilah ada. Memang semua vitamin perlu ada silika gel. Ia bagus dan membantu penghadaman vitamin oleh badan.
Dalam hati saya, biar betul mat salleh ni, jika tak tahu cakap aje tak tahu. Kalau jumpa kawan-kawan yang ranggi pasti mereka akan cakap, pandai mat salleh ni kencingkan orang!(maaf, terkasar bahasa)
Macamlah saya ni buta huruf dan tak pandai membaca. Jikalau begitu mengapa kita boleh temui silika gel dalam beg tangan baru, kasut baru? Belum pernah saya dengar orang makan beg tangan atau kasut walaupun dekat negara miskin. Yang saya pasti mat salleh ni pastinya tak pernah survey produk lain dalam pasaran dunia. Produk ***** baru setahun jagung dah mengaku terbaik sedunia. Tiba-tiba saya tergelak seketika, sebenarnya beliau adalah orang yang jarang membaca buku. Produk yang bagus perlu ada klinikal test. Kos untuk melaksanakannya juga sangat tinggi.
Produk Shaklee tak perlu ada silika gel...mengapa? Sebab ianya asli dan tiada bahan pengawet. Sesiapa yang memang consume akan tahu kebaikkannya. Saya masih ingat seorang kawan lama dahulu, beliau mencari ibu mentua saya untuk memesan vitamin Shaklee...katanya sudah puas beliau mencuba produk lain selepas Shaklee, namun hasilnya tetap tidak sama. Shaklee is the best. Terharu saya mendengarnya. Alhamdulillah Allah menemukan saya dengan makanan yang terbaik. Syukur sangat-sangat!

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia