Cerita Syida...

Bahagia mendengar cerita teman saya, Syida dengan susunya yang semakin banyak. Alhamdulillah... Tiga hari lalu semasa ber 'YM' dengan beliau, tiba-tiba beliau meminta untuk rehat sebentar. Rupa-rupanya kerana beliau perlu mengepam susunya yang semakin banyak itu. Waktu itu jam 8 pagi. Selepas jam 9pagi kami sambung semula bermesej menggunakan YM. Syida memberitahu productionnya ada kemajuan...kebiasaannya beliau akan mengepam jam 12 tengahari dan satu lagi sesi pada waktu petang. Tapi pada itu awal memandangkan susunya banyak. Kuantiti juga dah semakin bertambah kata beliau. Baguslah...saya doakan agar usaha Syida diberkati!

Catatan Popular