Rabu, 30 April 2008

# Lebam

Bila anak dah pandai....


Memandangkan Nasa dah pandai merangkak dan berguling, kini saya dan suami perlu lebih berhati-hati. Masih ingat lagi bagaimana rasa nak tercabutnya jantung ini bila mendengar bunyi jatuh....Ya ALLAH!!! Nasa! Nasa jatuh! Addin yang sedang tertidur pun terkejut dek suara saya yang kuat hari itu. Nasib baik Nasa jatuh bukan terlentang tetapi pipinya yang montel itu tersembam ke lantai. Dah lebam kat tulang pipinya. Nasa apa lagi terus menjerit...uwahhhhhh!!! Terus saya usap kepalanya walaupun bukan tempat itu tidak sakit. saya terus memeluk Nasa seerat-erat agar dia tahu saya sentiasa menyayanginya.

Sambil saya memeluknya, saya memukul lantai... petua yang saya amalkan sejak dahulu lagi. Selepas beberapa minit tangisannya terhenti sebaliknya senyum Nasa melihat saya. Saya melihat tulang pipinya merah dan sedikit kehijauan. Tanpa berlengah, saya terus meletakkan Nasa ke dalam baby cot dan meluru ke dapur mencari buah pala kering dan anak lesung. Seperti biasa saya akan menyapukan sedikit buah pala di tempat yang lebam. Alhamdulillah selepas beberapa jam, bengkak di pipi Nasa mula surut dan tanda lebam kehijauan turut surut.

Sejak dari itu, saya tidak pernah tertido sekiranya Nasa berjaga. Taubat dah! Namun bila bercerita dengan emak... apa kata mak? "Hmmm , biasalah budak nak besar, nak pandai memang ada jatuh , tergolek. InsyaAllah Allah pelihara. Jangan fikir sangat benda negatif." Ya la mudah-mudahan betul la cakap mak. Setiap hari saya berdoa agar Allah memberi keselamatan kepada semua anak-anak saya walau di mana mereka berada. Amin.

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia