Berapa lama boleh tahan

Ini adalah soalan yang kerap ditanya oleh beberapa teman baru saya yang ingin mencuba supplement yang saya syorkan. Sebagai contoh ESP dengan harga ahli RM112 boleh diambil antara julat sebulan sehingga dua bulan. Bagi B Complex pula sebotol adalah untuk 60 hari dengan pengambilan 2 biji sehari. Manakala sebotol vitamin C adalah untuk 90 hari makan dengan pengambilan 2 biji sehari.
Sekiranya mahukan anggaran sebenar untuk kos satu set itu dalam sebulan dapat saya nyatakan ianya adalah dalam RM101 sebulan.

Bila menyebut tentang anggaran belanja vitamin sebulan, teringat saya kepada seorang kakak yang saya kenali 4 tahun lalu. Beliau mengajak kami berjalan ke rumahnya kerana ingin menunjukkan sofa baru yang dibelinya. Sangat cantik memandangkan harganya memang mencecah 4 angka. Namun untuk tidak terlalu menunjuk kakak ini memberitahu saya bahawa beliau membuat bayaran secara ansuran bulanan sebanyak RM350 sebulan.

Mungkin lumrah manusia, sekiranya beliau memesan untuk membeli vitamin untuk beliau dan keluarganya, beliau pasti akan menyebut betapa mahalnya vitamin walhal vitamin yang beliau pesan biasanya adalah untuk dua bulan dengan kos RM229. Adakala saya selalu merenung sendirian dan berfikir mengapa apabila seseorang itu jatuh sakit, dan bertanya pendapat saya apakah vitamin yang bagus diambil hatta sehingga setengah ribu pun sanggup dibelinya. Tetapi jika dalam keadaan sihat (pada zahirnya) RM229 itu dianggap satu beban yang sangat berat.

Saya berdoa setiap hari agar Allah memberikan saya kesihatan yang baik selain dari usaha saya untuk sihat. Wallah hu alam.

Catatan Popular