Ahad, 30 Mac 2008

# Diariku

Reasoning...

Hari Jumaat yang lalu, saya banyak menghabiskan masa bersama Addin dan Nasa memandangkan abahnya tidak pulang makan tengahari. Namun Nasa pula lebih banyak tidur pada hari itu. Maka dapatlah saya melayan Addin dengan aktivitinya... membaca, menulis dan bermain sudoku. Memandangkan hari hujan, Addin lebih selesa duduk melekat dengan ibunya.
Bermula dengan membaca kemudian dia menulis. Setelah letih menulis Addin meminta rehat sambil baring di sebelah saya. Tiba-tiba, handphone berbunyi... tertera nombor telefon ayah tok Addin. Mak mertua saya rindu ingin berbual dengan Addin. Mereka berbual bertanya khabar dan bercerita aktiviti harian masing-masing. Sebelum mengakhiri perbualan Addin berkata dengan mak mertua saya... "Mama tok, boleh Addin tanya sesuatu tak? Masa abah kecik-kecik dulu Abah ada belajar tak?" Saya pu hairan mengapa soalan itu boleh terkeluar dari mulutnya. Tiba-tiba Addin menjerit ke arah saya..."Ibu, ibu, mama tok kata masa abah kecik dulu abah pun belajar!" Gembira benar dia dengan jawapan mama toknya. Terus diberinya telefon itu kepada saya untuk mengakhirinya.
Selepas itu Addin terus mengambil buku yang ada permainan sudoku dan mengajak saya memantaunya bermain. Saya bertanya mengapa Addin bertanya soalan sedemikian rupa kepada mama toknya sebentar tadi.. Addin menjawab "Sebab ibu selalu suruh Addin belajar, jadi Addin nak tahulah dulu abah belajar tak?". Saya dengan senyum menjawab "Memanglah abah belajar, ibu pun belajar. Baru boleh pandai dan masuk Universiti.
Bila abahnya balik malam tu saya terus menceritakan perbualan Addin dengan mak mertua saya dan suami saya dengan tenang menjawab... selama ini pun anak kita perlu reason untuk melakukan sesuatu tetapi mungkin ibu terlupa nak beri reason mengapa dia perlu belajar di rumah memandangkan sekarang saya memang tekankan lebih pelajaran untuknya. Apa yang saya pasti selepas mendapat jawapan dari mak mertua saya Addin lebih bersemangat nak belajar. Alhamdulillah.

" YA ALLAH DENGAN RAHMATMU, BUKAKANLAH PINTU HATI ANAK-ANAKKU UNTUK BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH, TERANGKANLAH HATI MEREKA, TAJAMKANLAH DAYA INGATAN MEREKA, BAIKKANLAH FIKIRAN MEREKA, PERANGAI MEREKA DAN TINGKAH LAKU MEREKA DAN SELAMATKANLAH MEREKA WALAU DI MANA SAHAJA MEREKA BERADA. AMIN "

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia