Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2008

Anak- by Freddy Aguilar

Semasa engkau dilahirkan
Kau pun sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi

Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah
Bila menangis dan juga tertawa

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Masa silih berganti
Kau membesar tak dikenali
Cepat sungguh kau pandai bicara

Apa yang telah terjadi
Pada mereka kau derhaka
Mengapa begitu apakah salahnya

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Kini kau telah tersesat
Hilang diri dan pedoman
Tak seorang pun mengambil peduli

Dan kini engkau menangis
Ibu ayah menghampiri
Walau engkau telah terpesong jauh

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Istimewa untuk bakal ibu...

Sedang saya mencari info tentang beberapa perkara, terbaca satu artikel yang ditulis oleh seseorang tentang demam kuning. Menarik dan sekurang-kurangnya bertambah ilmu saya tentang demam kuning....
Penyakit demam kuning di kalangan bayi adalah merupakan perkara biasa pada masa kini. Di anggarkan 60 hingga 70 peratus daripada bayi yang baru lahir mengalami penyakit demam kuning atau yang juga dikenali sebagai jaundis. Penyakit demam kuning atau jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai simptom seperti bahagian putih mata dan kulit yang bewarna kuning-kekuningan. Warna kuning-kekuningan ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan lembut, ia kelihatan kekuningan. Ujian ini boleh dilakukan pada semua bangsa. Penyakit demam kuning ini lebih kerap berlaku di kalangan bayi pra-matang (tidak cukup bulan) berbanding bayi yang cukup bulan.

Warna kuning ini disebabkan oleh bahan kumuhan (metabolit) yang dinamakan bilirubin dalam darah. Bilirubin merupakan hasil penguraian sel…

Reasoning...

Hari Jumaat yang lalu, saya banyak menghabiskan masa bersama Addin dan Nasa memandangkan abahnya tidak pulang makan tengahari. Namun Nasa pula lebih banyak tidur pada hari itu. Maka dapatlah saya melayan Addin dengan aktivitinya... membaca, menulis dan bermain sudoku. Memandangkan hari hujan, Addin lebih selesa duduk melekat dengan ibunya.
Bermula dengan membaca kemudian dia menulis. Setelah letih menulis Addin meminta rehat sambil baring di sebelah saya. Tiba-tiba, handphone berbunyi... tertera nombor telefon ayah tok Addin. Mak mertua saya rindu ingin berbual dengan Addin. Mereka berbual bertanya khabar dan bercerita aktiviti harian masing-masing. Sebelum mengakhiri perbualan Addin berkata dengan mak mertua saya... "Mama tok, boleh Addin tanya sesuatu tak? Masa abah kecik-kecik dulu Abah ada belajar tak?" Saya pu hairan mengapa soalan itu boleh terkeluar dari mulutnya. Tiba-tiba Addin menjerit ke arah saya..."Ibu, ibu, mama tok kata masa abah kecik dulu abah pun belaja…

Anakku Wiraku

Imej
Bukan mudah hendak menjadi guru kepada anak sendiri. Addin is a fast learner person but... part perlu menulis dia akan jadi lemah longlai, tidak minat katanya. Namun yang peliknya bab colouring nombor satu. Addin hanya akan minat menulis ika ada related dengan nombor. That is why dia boleh minat nak belajar main sudoku. Adakala bila datang angin terlebih rajin, Addin akan mengambil buku maths tanpa di suruh duduk di satu sudut dekat dengan ibu dan terus memulakan kiraan. Addin cuma perlu pemantauan jika operasi tolak sedang dilakukan. Mungkin Addin perlu belajar menggunakan abacus. Nasib baik ibu Addin ni guru maths jadi maths memang paling senang nak ajar. Bagi subjek Bahasa Melayu or English saya hanya akan melatih Addin membaca ...using drilling technique. Alhamdulillah dia cepat mengingat perkataan yang diajar. Ingat nak buat teaching aid guna manila kad dan create some activity so that dia akan lebih enjoy belajar bahasa.

Namun adakala rasa kasihan dengan Addin, waktu belajar yang…

Penawar yang terbaik

Malam ahad lalu saya menerima pesanan ringkas melalui handphone dari seorang teman yang dah lama tidak saya temui…. Beliau bertanya tentang pengalaman saya menjaga anak saya kuning (selepas lahir). Saya menjawab mesej tersebut dengan ringkas dan padat. Namun jauh di sudut hati saya tertanya-tanya mengapa beliau bertanya demikian adakah beliau sudah bertambah ahli keluarga atau kerana lain. Mungkin beliau juga rasa apa yang terdetik di hati saya kerana tidak lama selepas itu teman saya ini memberitahu tentang kawannya yang mengalami masalah yang sama tetapi lebih kritikal kerana anaknya yang baru dilahirkan selama 8 hari telah diletakkan bawah lampu biru di hospital kerana bacaan kuning melebihi 30. Kesimpulan yang dapat saya buat ialah bilangan billirubin dalam darahnya sangat tinggi dan melebihi paras normal.

Saya meminta izin teman saya untuk bercakap sendiri dengan kawannya dan beliau menyatakan tiada masalah namun saya lebih selesa jika teman saya memberitahu kawannya lebih awal ag…

Good article to be share....

How to support your child emotionally so he/she can learn
by Ann Bartz


Learning isn't just about taking in dry facts and spewing them out later for the test. It's a complex process, one that's greatly influenced by how your child feels about herself and the people around her, and by how they feel about her.

Like most parents, you may be anxious about your child's performance in school as she heads into this new phase of her life, and concerned about the quality of the education she is getting. You can do a tremendous amount to foster a love of learning through your patience, interest, encouragement, and delight in her and your efforts to make her school better. You may also reap some rewards yourself: the joy and satisfaction of learning with and from your child, and the sense of accomplishment that comes with helping out at her school. Here are some important things you can do:

• Avoid blaming your child when she has difficulties in school ("You should know all your…

Baik dan buruknya….

Hampir 3 bulan Addin hanya belajar di rumah…berguru dengan ibunya. Nasib baik ibu Addin memang seorang guru. Walaupun begitu jauh di sudut hati Addin dia sangat rindu dengan teman seperjuangannya di sekolah seperti Afi Hazizi, Umaira dan ramai lagi. Namun nama yang sering disebutnya pastilah kawan baiknya Afi Hazizi. Kini kami sedang menunggu tarikh yang pasti untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Saya sudah merancang untuk menghantar Addin ke sekolah yang bagus di sana, insyaAllah.
Walaupun saya boleh mengajarnya sendiri di rumah atau dengan erti kata lain boleh melaksanakan home schooling tapi hakikatnya tidak sama seperti pembelajaran di sekolah. Terdapat beberapa perkara yang menjadi pertimbangan saya….

Baiknya home schooling:
1. Anak sentiasa dalam pemerhatian ibu bapa
2. …terpelihara dari anasir-anasir luar
3. … tidak mudah terpengaruh dengan kawan
4. … ibu bapa adalah superior/ model anak-anak
5. … menjimatkan wang (berbanding di hantar ke sekolah )
6. … masa bersama ibu bapa lebih banyak d…

Kita fikirlah sendiri…..

Semalam semasa berjalan mengambil angin petang bersama suami dan anak, kami melepasi sebuah kedai yang mungkin juga menjual barangan kesihatan. Namun apa yang menarik perhatian saya ialah tentang quote yang dibuat oleh pemiliknya mungkin. Ia berbunyi “ if you think wellness is expensive, try illness”.
Saya membacanya untuk tatapan suami saya dan katanya memang benarlah apa yan tertulis terutama dengan orang yang mengambil remeh tentang kesihatan.Uniknya perkataan dalam bahasa Inggeris ini mudah difahami namun untuk mendapatkan translation yang benar-benar baik dalam bahasa kita sangat sukar atau dengan erti kata lain, kurang jelas.
Quote itu sebenarnya pada pandangan saya cuba menerangkan bahawa ada sesetengah individu yang bersikap sangat berkira dengan kesihatan baik untuk dirinya mahupun untuk keluarganya namun apabila ditimpa musibah, barulah ubat yang beribu ringgit akan dikatanya murah. Ada golongan dalam teman-teman saya yang bersikap demikian. Beliau adalah orang yang percaya d…

Email buat cik yah....

Dear Cik Yah,

Antara produk yang selalu saya syorkan dengan ibu-ibu yang mengandung mahupun yang mahu menyusukan baby nya secara exclusive, ialah 4 yang asas iaitu ESP, multivitamin (vitalea), b complex dan vitamin C. Namun ada option lain iaitu hanya ESP, b complex dan vitamin C yang diutamakan.

Mengapa ESP?
ESP adalah sangat pemting kerana ia mengandungi 9 amino acid yang tidak dapat dibuat oleh badan kita. Ianya bagus kerana diperbuat dari soya. Protien dari soya tidak mengandungi lemak berbanding protein dari haiwan seperti ayam mahupun daging. ESP meningkatkan kualiti susu ibu dengan adanya 9 amino acid yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita.

Mengapa b complex?
B complex terdiri daripada 8 keluarga B. Ianya sangat penting dalam memastikan hormone kita sentiasa stabil walaupun kita sedang mengalami pms. Walaupun seseorang ibu itu mungkin tidak bekerja ataupun dengan erti kata lain seorang surirumah seperti saya namun adalah sangat penting pengambilan b complex ini.
SEBAB-SEBAB KEM…

Ahli mesyuarat tingkap berbicara.

Cik yah : Saya nak tanya sikit boleh tak N ?

N : Apa dia ?

Cik yah : Kenapa ya, saya makan vitamin dan supplement juga dan susu
saya boleh tahan tetapi berat anak saya tak sehebat anak N. Apa
bezanya? Adakah kerana brand?

N : Saya tak nak komen tentang produk lain. Cik yah pun tahu saya
makan vitamin ni dari zaman belajar lagi.

Cik yah : Bila kenang Addin masa baby dan bila melihat Nasa ….ish ish
macam tak percaya. Bukan apa , ibu kecil tapi anak…masyaAllah,
kussss semangat.

N : Cik yah boleh cuba produk ni untuk baby yang keempat
ni….especially dalam pantang. Susu insyaAllah mencurah-curah
dan pekat lagi tu.

Cik yah : Hajat di hati ni memang nak sangat mencuba…tapi saya dah lama
makan brand xxxx . T…

Wahai ibu dan ayah....

Masih teringat lagi satu scene yang saya lihat semasa kami berada di dalam Mc Donald di sebuah bandar.... seorang ibu dengan penuh senyuman memuji anaknya yang pada pandangan saya berada dalam lingkungan 4 tahun meneguk air cola dalam saiz yang besar. Puteri itu sangat comel tapi sayangnya pada penglihatan saya anaknya terlalu kurus atau dengan erti kata lain underweight. Mungkin si ibu ini kurang peka atau mungkin tidak mengambil berat dengan pemakanan anaknya itu. Menurut sebuah artikel yang pernah saya baca pemakanan merupakan faktor terbesar yang mempengaruhi perkembangan dan pembesaran seseorang individu. Sekiranya dalam usia yang sangat muda sudah kita perkenalkan dengan air berkarbonat bagaimana agaknya dengan cara hidupnya selepas 10 atau 20 tahun akan datang?
Bersama-sama ini saya sertakan artikel yang saya perolehi untuk tatapan kita semua.

Makanan segera memang wajar digelar makanan remeh. Memandangkan hakikat inilah syarikat-syarikat makanan membelanjakan berjuta-juta ringg…